Cari Rezeki

Friday 13 July 2012

01: Pra

         Jalan Tun Sambanthan diluncur berhati-hati, bukan sedikit kereta yang parkir ditepi jalan. Bas berhenti -henti tambah seksa dan belasan motorsikal ligat mencelah-celah dalam kehangatan tengah hari itu. Bau tengik datang entah dari mana satu kedai yang berderet...mungkin kedai jual binatang, mungkin kedai jual rempah. Terik mentari sehingga berbahang asphalt dibawah.

        Lagenda ZR edisi khas turut sama mencelah, hampir tiada beza dengan yang lain..cuma yang lain mungkin baru sahaja baru rehat. Namun tuan punya lagenda ZR baru hendak memulakan tugasnya. Belok ke kanan dan sudah kelihatan papan tanda SK La Salle 1, SK La Salle 2, SMK La Salle Brickfields.

       Pandu masuk sambil mengangkat tangan kepada jaga yang tersandar dalam pondoknya. Praktis Kurikulum (praktikum) minggu kedua sudah bermula!.

No comments:

Post a Comment