Lantunan Kata
Cari Rezeki
Friday, 14 September 2012
permata
ku tuliskan kata kata
yang mungkin tak indah
jauh sekali puitis
buat peneman diri mu
yang sentiasa dirindui
kala jauh, kala sepi
ingatlah bahawa aku sentiasa dihati
bukan di sisi, bukan ditepi
ku faham akan sukar mu
di kala melihat yang lain dalam dakapan bahagia
tabahkan lah hati, dan terima kasih kerana memahami
wahai si intan nadia
-temerlohdarulpatin-1422 hours-15sembilan2012-
Friday, 13 July 2012
01: Pra
Jalan Tun Sambanthan diluncur berhati-hati, bukan sedikit kereta yang parkir ditepi jalan. Bas berhenti -henti tambah seksa dan belasan motorsikal ligat mencelah-celah dalam kehangatan tengah hari itu. Bau tengik datang entah dari mana satu kedai yang berderet...mungkin kedai jual binatang, mungkin kedai jual rempah. Terik mentari sehingga berbahang asphalt dibawah.
Lagenda ZR edisi khas turut sama mencelah, hampir tiada beza dengan yang lain..cuma yang lain mungkin baru sahaja baru rehat. Namun tuan punya lagenda ZR baru hendak memulakan tugasnya. Belok ke kanan dan sudah kelihatan papan tanda SK La Salle 1, SK La Salle 2, SMK La Salle Brickfields.
Pandu masuk sambil mengangkat tangan kepada jaga yang tersandar dalam pondoknya. Praktis Kurikulum (praktikum) minggu kedua sudah bermula!.

Cerlog apa itu
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
cerlog berdiri atas akronim cerpen dan blog, suatu kependekan bagi melahirkan semangat membugar bagi merangsang jiwa kembali menulis. malas nak campur aduk dengan blog sedia ada yang sudah tepu dengan acuan sendiri.
yang nih biarlah menongkah arus sedikit. ciao.

Subscribe to:
Posts (Atom)